Wednesday, June 1, 2016

PUISI BUAT SAHABAT

PUISI BUAT SAHABAT.

Sahabat..
Ku mengembara di jalan yang sepi
Dengan harapan mencari warna kehidupan yang jauh dari keluarga
Kau datang mewarnai hari-hari ku sebagai anak perantau,
Dan membawa kebahagiaan yang tidak terhingga.

 Sahabat..
Ku cuma punya sehelai kertas
Ku cuba menukil puisi ini untuk mu
Ku tahu tidak cukup sekadar terima kasih
Atas segala kebaikan mu kepada ku

Sahabat.
Puisi ini suara hatiku,
Untuk mu yang sentiasa bersikap baik kepada ku
Yang selalu ada membantu ku menyelesaikan masalah]
Dan tidak pernah meninggalkan ku di belakang

 Sahabat..
Kau menerima apa jua kerenah ku
Walaupun kau tidak faham kehendak ku
Kau sabar dan tidak pernah putus asa menasihati ku
Dalam mengharungi kehidupan yang tidak lari dari kesilapan.

Sahabat..
Kau tahu tika aku perlu berkongsi
Untuk menyebarkan suka dan duka
Tanpa ku ungkapkan bicara hati
Kau tadahkan telinga bersama mendengar luahan ku

Sahabat..
Kau tahu tika ku runsing dalam berbelah bagi
Kau datang bersama jawapan
Kau tahu ku punya impian
Kau dorong untuk ku capai

Terima kasih atas persahabatan ini,
Terima kasih kepada tuhan kerana mengurniakan sahabat yang hebat ini,
Persahabatan ini yang akan sentiasa,

Buat selamanya.





KENDERAAN SENDIRI VS PENGANGKUTAN AWAM

KENDERAAN SENDIRI VS PENGANGKUTAN AWAM
Hampir setiap penduduk di Malaysia mempunyai kenderaan sendiri. Hal ini kerana kenderaan merupakan antara keperluan dalam kehidupan seharian masa kini. Kenderaan memudahkan kita hendak ke mana sahaja destinasi yang kita inginkan. Kenderaan sendiri amat diperlukan di tempat yang kekurangan pengangkutan awam. Pengangkutan awam mudah didapati di kawasan yang membangun dan lebih kepada kawan bandar. Pelbagai jenis pengangkutan awam yang boleh didapati seperti teksi, bas, komuter dan sebagainya. Bagi kawan luar bandar, ada kalanya pengangkutan awam seperti bas pun sukar dijumpai. Nak tak nak mereka memerlukan kenderaan sendiri.

Gambar 1: contoh pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia
 Kenderaan sendiri atau pengangkutan awam, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebagai contoh, mereka yang menggunakan kenderaan sendiri tidak perlu bersesak-sesak dan menunggu lama untuk ke tempat kerja. Mereka yang menggunakan kenderaan sendiri tidak perlu bersesak dan tergesa-gesa berebut untuk ke tempat kerja berbanding pengangkutan awam.  Mereka  menggunakan pengangkutan awam hendaklah menepati masa setiap hari sekiranya tidak mereka akan ketinggalan dan terlewat ke tempat kerja.
Selain itu, kenderaan sendiri juga memudahkan kita sekiranya terdapat kecemasan. Sebagai contoh, jika terdapat ahli keluarga yang jatuh sakit secara tiba-tiba dan memerlukan rawatan kecemasan, mereka yang terlibat  boleh terus bergegas ke hospital dan mendapatkan rawatan berbanding mereka yang mengharapkan pengangkutan awam semata-mata. Mereka mungkin agak sukar untuk bergegas ke hospital dalam masa yang pantas kerana tidak semua pengangkutan awam yang beroperasi selama 24 jam.
Menggunakan pengangkutan awam juga ada kebaikannya. Sebagai contoh, mereka yang hendak balik ke kampung halaman. Sekiranya mereka menggunakan pengangkutan awam seperti bas, ia lebih menjimatkan kos kerana tidak perlu membayar duit minyak dan tol. Berbanding memandu kenderaan sendiri, mereka perlu menempuhi kesesakan jalan raya terutamanya hari perayaan.
Kesimpulannya, semua perkara ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebagai pengguna, buatlah pilihan dan keputusan yang bijak dalam apa jua situasi.