Wednesday, June 1, 2016

PUISI BUAT SAHABAT

PUISI BUAT SAHABAT.

Sahabat..
Ku mengembara di jalan yang sepi
Dengan harapan mencari warna kehidupan yang jauh dari keluarga
Kau datang mewarnai hari-hari ku sebagai anak perantau,
Dan membawa kebahagiaan yang tidak terhingga.

 Sahabat..
Ku cuma punya sehelai kertas
Ku cuba menukil puisi ini untuk mu
Ku tahu tidak cukup sekadar terima kasih
Atas segala kebaikan mu kepada ku

Sahabat.
Puisi ini suara hatiku,
Untuk mu yang sentiasa bersikap baik kepada ku
Yang selalu ada membantu ku menyelesaikan masalah]
Dan tidak pernah meninggalkan ku di belakang

 Sahabat..
Kau menerima apa jua kerenah ku
Walaupun kau tidak faham kehendak ku
Kau sabar dan tidak pernah putus asa menasihati ku
Dalam mengharungi kehidupan yang tidak lari dari kesilapan.

Sahabat..
Kau tahu tika aku perlu berkongsi
Untuk menyebarkan suka dan duka
Tanpa ku ungkapkan bicara hati
Kau tadahkan telinga bersama mendengar luahan ku

Sahabat..
Kau tahu tika ku runsing dalam berbelah bagi
Kau datang bersama jawapan
Kau tahu ku punya impian
Kau dorong untuk ku capai

Terima kasih atas persahabatan ini,
Terima kasih kepada tuhan kerana mengurniakan sahabat yang hebat ini,
Persahabatan ini yang akan sentiasa,

Buat selamanya.





No comments:

Post a Comment