AKTIVITI DI UNIVERSITI
Sebagai seorang pelajar, kita di anjurkan untuk
mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan di universiti bagi melahirkan
pelajar yang tidak hanya ke kelas, ke kafe dan ke hostel sahaja. Sepanjang di
Universiti Utara Malaysia ini pelbagai aktiviti yang telah saya sertai. Antaranya,
program berbasikal ke Bukit Kayu Hitam, mendaki Gunung Jerai dan tidak kurang
juga program-program yang di anjurkan di dalam universiti sendiri. Pengalaman
yang kita peroleh daripada menyertai aktiviti yang dianjurkan sangat bermakna
dan juga boleh diabadikan kenangan manis setelah tamat belajar kelak.
Gambar 1 : Gambar ini diambil ketika saya dan rakan-rakan pengakap
berkhemah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Mengapa menyertai aktiviti-aktiviti di universiti ini menyeronokkan?
Ha.. mestilah ada yang menyeronokkan seperti boleh mengisi masa yang terluang,
boleh mendapat kenalan baru, boleh meningkatkan lagi kemahiran diri seperti kemahiran
berkomunikasi serta meningkatkan pengetahuan dalam protokol pengurusan sesuatu
program mahupun aktiviti. Siapa tahu boleh jumpa tulang rusuk atau pemilik
tulang rusuk (jodoh ler).. hehe mana tahu perkenalan bermula di suatu program
kita boleh panjangkan ke mahligai cinta.
Berbalik
kepada aktiviti di universiti, baru-baru ini Universiti Utara Malaysia telah menjadi
tuan rumah bagi Pesta Buku Utara Discover UUM 2016. Pesta buku ini berlangsung
pada 20 Mac sehingga 26 Mac 2016. Apa yang menariknya di sini adalah bukan
sahaja gerai yang menjual buku disediakan malahan terdapat juga gerai “ICT
FAIR” yang menjual peralatan komputer. Di samping itu, terdapat juga gerai yang
menjual makanan serta minuman yang tidak kurang enaknya bersama-sama
memeriahkan pesta buku pada kali ini. Gerai-gerai yang dibuka ini sedikit
sebanyak boleh menarik pengunjung dari dalam dan luar UUM untuk bersama-sama memeriahkan
pesta buku ini.
Pesta Buku Utara Discover UUM 2016 pada kali ini
dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat
Dato' Haji Tajul Urus Haji Mat Zain yang diiringi oleh Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof Madya Dr Abdul Malik Abdul Karim di
Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM).
“Tujuan pesta buku ini dianjurkan adalah untuk menyuburkan minat membaca dalam
kalangan masyarakat di utara Semenanjung Malaysia selain menarik lebih ramai
pengunjung datang ke UUM sempena Discover UUM 2016”, ujar beliau ketika dalam
ucapan perasmian pesta buku tersebut.
Gambar 2: Ketika majlis perasmian Pesta Buku Utara 2016
Gambar 3 : Antara gerai buku di sekitar Pesta Buku Utara UUM. 2016
Sesungguhnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan amat
bermanfaat dan mempunyai pelbagai kebaikan tidak hanya kepada pelajar malahan
pihak luar universiti seperti para peniaga yang berniaga ketika berlangsungnya aktiviti
di universiti. Akhir kata, sertai lah program dan aktiviti yang dianjurkan
kerana setelah tamat belajar nanti belum tentu kita berpeluang untuk menyertai
dan mengumpul kenangan seperti ini. Jadilah pelajar yang berkualiti dalam
akademik dan kokurikulum..
Sekian.. terima kasih kerana membaca J