Monday, May 23, 2016

PENGENALAN DIRI

13 March 2016 19.00PM
PENGENALAN DIRI

Bermulanya perjalanan hidup saya pada tanggal 6 Julai 1993 bersamaan 16 Muharam 1414 Hijrah di sebuah hospital iaitu di Hospital Umum Sarawak. Kelahiran saya merupakan hasil perkongsian kasih yang pertama antara ibu bapa saya iaitu, Encik Hamdin dan Puan Rahmah yang telah mendirikan mahligai cinta pada 4 Februari 1992. Nama diberi Noorashikin binti Hamdin. Panggilan yang sering digunakan adalah "shikin" dan membahasakan diri sebagai "kakak" kepada ahli keluarga kerana saya merupakan anak sulung daripada lima beradik. Menurut emak, nama asal saya adalah Nur Fatihah yang bermaksud cahaya pembukaan. Nama tersebut telah dipilh oleh nenek sebelah ayah kerana saya adalah cucu sulung bagi keluarga sebelah ayah. Entah macam mana ayah telah mendaftarkan nama Noorashikin terlebih dahulu. Hehe..  Saya berasal dari Kota Samarahan yang terletak 30 minit dari Bandaraya Kuching, Sarawak.

Saya seorang yang suka membaca bahan bacaan yang berbentuk humor dan kreatif. Saya suka membaca komik. Antara komik yang menjadi pilihan saya adalah Lawak Kampus, Ujang dan yang terkini komik atas talian hasil karya penulis yang menggunakan nama pena " Abeben". Selain itu, pada masa lapang saya juga gemar mencuba memasak resepi baru. Walaupun kadangkala hasilnya tidak seberapa  tetapi saya tetap puas sebab boleh mencuba. hehehe. Selain mencuba memasak resepi baru, saya juga seorang yang suka makan. ( mesti yang ada kata yeka, tengok keding ja). Saya suka makan banyak jenis juadah dari pelbagai negeri akan tetapi yang paling menjadi kegemaran saya adalah nasi kerabu dan laksam (okay, terliur dah ).. heee.. Selain daripada makanan saya juga mempunyai warna kegemaran iaitu hijau. Bagi saya hijau adalah warna yang membawa ketenangan dan kesegaran.

            Sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Utara Malaysia yang terletak nun jauh di Utara negeri Jelapang padi, saya merupakan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun 2010 di SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud dan  kemudiannya menyambung pelajaran ke Maahad Pontian, Johor bagi menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia pada 2011. Sekarang saya merupakan mahasisiwa di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Sains Pemutusan. Pada mulanya saya agak berat untuk menyambung pelajaran dalam bidang ini kerana jarang mendengar nama jurusan tersebut. Dengan bantuan carian di internet, saya mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai jurusan ini terutamanya di sebuah blog yang menulis berkenaan sains pemutusan. Rupa- rupanya blog tersebut merupakan kepunyaan seorang pensyarah yang terlibat dengan jurusan ini yang secara kebetulan menjadi pensyarah EEP saya pada tahun pertama. selain itu, dorongan ibu ayah juga yang menjadi penguat untuk meneruskan pengajian. Kata-kata ibu saya yang saya ingat sehingga hari ini adalah " pegi jak kak, ni tauk ya rezeki kitak. masa depan kitak" pergi dulu kak, mana tahu ini rezeki dan masa depan kakak).  Walaupun agak lari bidang dengan apa yang saya pelajari di sekolah dahulu, saya tetap merasakan yang jurusan Sains Pemutusan ini tidak kurang menariknya. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. sekian.... 

Terima Kasih meluangkan masa :)

No comments:

Post a Comment