Wednesday, May 25, 2016

Aktiviti di Universiti

AKTIVITI DI UNIVERSITI
Sebagai seorang pelajar, kita di anjurkan untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan di universiti bagi melahirkan pelajar yang tidak hanya ke kelas, ke kafe dan ke hostel sahaja. Sepanjang di Universiti Utara Malaysia ini pelbagai aktiviti yang telah saya sertai. Antaranya, program berbasikal ke Bukit Kayu Hitam, mendaki Gunung Jerai dan tidak kurang juga program-program yang di anjurkan di dalam universiti sendiri. Pengalaman yang kita peroleh daripada menyertai aktiviti yang dianjurkan sangat bermakna dan juga boleh diabadikan kenangan manis setelah tamat belajar kelak.
Gambar 1 : Gambar ini diambil ketika saya dan rakan-rakan pengakap berkhemah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Mengapa menyertai aktiviti-aktiviti di universiti ini menyeronokkan? Ha.. mestilah ada yang menyeronokkan seperti boleh mengisi masa yang terluang, boleh mendapat kenalan baru, boleh meningkatkan lagi kemahiran diri seperti kemahiran berkomunikasi serta meningkatkan pengetahuan dalam protokol pengurusan sesuatu program mahupun aktiviti. Siapa tahu boleh jumpa tulang rusuk atau pemilik tulang rusuk (jodoh ler).. hehe mana tahu perkenalan bermula di suatu program kita boleh panjangkan ke mahligai cinta.
            Berbalik kepada aktiviti di universiti, baru-baru ini Universiti Utara Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Pesta Buku Utara Discover UUM 2016. Pesta buku ini berlangsung pada 20 Mac sehingga 26 Mac 2016. Apa yang menariknya di sini adalah bukan sahaja gerai yang menjual buku disediakan malahan terdapat juga gerai “ICT FAIR” yang menjual peralatan komputer. Di samping itu, terdapat juga gerai yang menjual makanan serta minuman yang tidak kurang enaknya bersama-sama memeriahkan pesta buku pada kali ini. Gerai-gerai yang dibuka ini sedikit sebanyak boleh menarik pengunjung dari dalam dan luar UUM untuk bersama-sama memeriahkan pesta buku ini.
Pesta Buku Utara Discover UUM 2016 pada kali ini dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato' Haji Tajul Urus Haji Mat Zain yang diiringi oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof Madya Dr Abdul Malik Abdul Karim di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM). “Tujuan pesta buku ini dianjurkan adalah untuk menyuburkan minat membaca dalam kalangan masyarakat di utara Semenanjung Malaysia selain menarik lebih ramai pengunjung datang ke UUM sempena Discover UUM 2016”, ujar beliau ketika dalam ucapan perasmian pesta buku tersebut.
Gambar 2: Ketika majlis perasmian Pesta Buku Utara 2016

Gambar 3 : Antara gerai buku di sekitar Pesta Buku Utara UUM. 2016

Sesungguhnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan amat bermanfaat dan mempunyai pelbagai kebaikan tidak hanya kepada pelajar malahan pihak luar universiti seperti para peniaga yang berniaga ketika berlangsungnya aktiviti di universiti. Akhir kata, sertai lah program dan aktiviti yang dianjurkan kerana setelah tamat belajar nanti belum tentu kita berpeluang untuk menyertai dan mengumpul kenangan seperti ini. Jadilah pelajar yang berkualiti dalam akademik dan kokurikulum..
Sekian.. terima kasih kerana membaca J

No comments:

Post a Comment